Ahad lalu, pertunangan penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terputus apabila bapa Elfira memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor. Mereka yang dijadualkan bernikah pada 23 atau 24 Mac depan tiada jodoh.

Sufian reda hubungan mereka terputus namun tidak pernah menyimpan dendam terhadap Elfira, malah dia sedia bekerjasama secara profesional sekiranya terlibat dalam projek seni yang sama. Pertunangan mereka diputuskan secara baik dan mengikut adat.