Macam-macam kes perceraian di mahkamah ni ya. Ini satu kes  yang lucu dan malu nak dibicarakan. Memang  kes di Mahkamah Syariah ni membuat orang yang duduk di galeri awam terseyum kambing mendengarnya. Macam-macam ada.

Gambar sekadar hiasan.

Kesnya seorang suami melafazkan cerai selepas melakukan hubungan ranjang dengan si isteri. Macam mana ni?

Gini kisahnya:

Dengkur pun boleh jadi kes cerai?-Gambar hiasan.

Kes pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah ni memang kelakar dan  pasti ada yang pernah dengar atau baca kes seumpama ini. Baca sampai habis ya.

Tidur dek kepuasan-Gambar hiasan

Isteri (A) mendakwa suami (B) tak semena-mena melafazkan talaq setelah dia tertidur selepas mereka menjalinkan hubungan kelamin.

Kata A, “Tiba-tiba B kejut saya dan melafazkan ‘aku ceraikan kau malam ini’ dalam keadaan marah-marah. Saya terpinga-pinga dan  amat terkejut, sedangkan sebelum itu kami asyik dan bahagia semasa ‘bersama’.

Hah tu dia. Mesti kepenatan dan kepuasan si A tu sampai tertidur gitu.

Balas B pula: “Saya akui malam itu kami ada hubungan kelamin dan A tertidur selepas itu. Namun saya terganggu bila A berdengkur dengan sangat kuat. Saya cuba beberapa kali mengejutkannya tapi A terus berdengkur dengan lebih kuat. Saya jadi marah kerana saya sudah lama mengalami masalah sukar tidur kerana dengkuran A. Saya hilang kawalan malam itu dan terlepas melafazkan talaq pada A” .

Alamak ada juga kes macam tu ya. Dunia-dunia. Agaknya A terlena tidur sampai berdengkur tu sebab sangat puas dengan hubungan intim yang mereka lakukan sebelum itu. Mesti pelbagai posisi tu. Mesti hebat permainan B sampai A boleh hanyut dalam dengkuran umpama tidur mati. Tak gitu?