Penyanyi Akim Ahmad dan Stacy akan bernikah di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, pagi esok.

Mereka akan mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja. Resepsi juga di hotel sama sebelah malamnya. Majlis sebelah lelaki akan diadakan pada 26 Februari di Johor Bahru, Johor.