Seniman Datuk Sonny Abdullah yang popular dengan filem Permintaan Terakhir meninggal dunia hari ini kerana penyakit kanser otak. Pengarah Anwardi Jamil dalam posting di laman facebooknya memaklumkan perkara itu.

“Seorang lagi pelakon filem Permintaan Terakhir telah pergi. Dato Sonny Abdullah telah kembali ke Rahmahtullah sebentar tadi. Seniwati Nozie Nani mendahului beliau dua minggu lalu. Innallilahwainnailaihi rojiun. Al Fatihah buat kedua-duanya dan salam takziah kepada keluarga,” tulis Anwardi.

Sonny dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) ekoran derita kanser otak tahap empat Ogos lalu untuk menerima rawatan di wad radioterapi.