Penyanyi yang sorang ni memang pernah dilabel lupa diri semasa berada di kemuncak suatu ketika dulu. Dia cepat popular hanya dengan kemunculan album sulung. Bila dah popular sifatnya berubah sekelip mata.

Tak lama rodanya di atas, kejaap aje dah turun ke bawah. Bila berada di zaman kejatuhan, dia akui kesilapan itu dan berjanji mahu mengubah diri menjadi lebih baik. Katanya dulu dia sangat muda dan tak matang.

Baru-baru ini dengan linangan air mata dia mengimbau kisah lama dan meluahkan kekesalan kerana bersikap mudah lupa diri. Dia berjanji mahu mengubah diri. Maklumlah pada masa itu dia dalam proses muncul kembali.

Sekarang namanya kembali jadi sebutan. Bila dah jadi sebutan dan dapat pujian, perangai lamanya kembali.  Oh! Ooo… Dah lupa dah janji-janjinya yang mahu berubah dan membaiki diri.

Agaknya perangai dia dah macam tu. Bila dapat pujian terus lupa diri. Kalau macam tu lah sikapnya, Gondang Laser rasa tak akan kemana pun dia selepas ini. Bila namanya dah suam dan tak ada yang nak memperkatakan pasalnya lagi, barulah dia akan kembali muhasabah diri.

Gondang Laser: Pada masa itu dan tak ada gunanya lagi dah. Berubahlah diri sekarang dik.