9hb September 2017.
HVT Vacation Club telah mengadakan Majlis makan malam dan Sidang Media “Soft Launch” HVT International Vacation Club di Malaysia bertempat di Holiday Villa Subang Jaya.

HVT Vacation Club merupakan sebuah organisasi yang eksklusif dengan menawarkan sistem ganjaran yang unik untuk pelabur mereka. HVT Vacation Club telah ditubuhkan oleh Dato’ Seri David Tan Tai Wee. Pada Sidang Media tersebut Dato’ Seri David ada menceritakan tentang rintangan dan halangan yang dilaluinya, namun berkat kecekalan beliau HVT terus bangkit maju kehadapan. Kini HVT juga merupakan satu kumpulan hotel yang paling cepat berkembang di Malaysia. Dato’ Seri David mempunyai 20 tahun pengalaman di bidang perniagaan yang diceburinya. Diatas kebijaksanaan dan kejayaan demi kejayaan yang diraih, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Korporat oleh HVT International Vacation Club.

Beberapa hotel di luar negara telah berminat untuk bergabung ditahun 2018, diantaranya Gold Coast Hotel di Australia, Royal Tulip Victoria Hotel di Bali, hotel 5 bintang di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Myanmar, serta lain-lain lagi. Kelab HVT juga mensasarkan akan mempunyai lebih daripada 200 hotel butik yang terletak di seluruh Asia. HVT memberikan tiga ganjaran unik untuk ahlinya dimana ahli akan menerima sejumlah ganjaran sebaik sahaja mereka mendaftar. Dengan menggunakan mata ini, ahli akan dapat menikmati penginapan mereka di mana-mana hotel di bawah HVT Club secara percuma. Kelab HVT membolehkan ahli mereka menempah penginapan mereka melalui perkhidmatan HVT, tanpa perlu melalui pelbagai saluran untuk mengelakkan kerumitan. Untuk mata yang tinggal, mereka juga boleh memilih untuk menukarkan kepada wang tunai. Dengan menyertai kelab HVT, ahli juga akan memiliki harta di bawah nama mereka sendiri.

Selaku Pengarah Korporat Dato’ Seri David Tan sentiasa percaya bahawa hubungan erat jangka masa panjang dengan rakyat dan kepercayaan yang diberikan dari pelabur dalam dan luar Negara akan membuahkan hasil yang positif. Disegmen terakhir makan malam tersebut, delegasi dalam dan luar negara telah dihiburkan oleh penyayi hebat Nurul Wahab . Nurul menyampaikan beberapa buah lagu medley dari pelbagai bahasa.