Pelakon Sofi Jikan direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berkait laporan polis yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil yang mendakwa tiga artis memberinya minuman bercampur dadah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak. Sofi ditahan malam tadi semasa hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan berkaitan laporan polis Farid tersebut. Difahamkan ujian air kencing Sofi juga positif dadah.

Sementara itu pihak polis sudah mengenalpasti dua lagi nama artis yang dinyatakan Farid namun belum sedia mendedahkan sehingga kedua-dua mereka tampil memberi kerjasama.