Konsert Kurnia Slam yang berlangsung di StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City pada 14 Mei lepas telah menjadi penggubat rindu buat peminat-peminat Slam yang selama ini menantikan kemunculan semula kumpulan itu beraksi dipentas.

zamani

SLAM yang dianggotai oleh Shah, Ajak, Man, Lily, Zamani dan Eddie ternyata masih berbisa, bertenaga, ampuh, dan terus menyenggat dengan dendangan lagu-lagu hits mereka. 20 buah lagu popular SLAM dipersembahkan pada malam itu menerusi tiga segmen.

Di antara lagu-lagu hits yang didendangkan pada malam itu adalah seperti Tak mungkin berpaling, Mentari muncul lagi, Rindiani, Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari, Kurnia, Jika Kau Rasa Getarnya, Nur Kasih, Kembali Terjalin dan sudah pastinya Gerimis Mengundang.OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Walaupun hampir 20 tahun tidak beraksi dipentas berskala besar, ternyata penyatuan dan jalinan mantap yang dilontarkan pada persembahan malam itu cukup hebat sekali. Pujian harus diberikan kepada Slam kerana sudi menjemput komposer terkenal Saari Amri menyanyi bersama di pentas bagi mendendangkan lagu Kembali Terjalin.

Saari Amri di antara insan yang banyak berjasa dalam menaikkan nama SLAM. Namun begitu mungkin ada peminat yang merasa sedikit kecewa kerana mereka menginginkan dan merasakan lagu itu sepatutnya dilontarkan sepenuhnya oleh suara emas Zamani.

Walaubagaimanapun ianya tidak langsung mencacatkan persembahan SLAM pada malam itu kerana lagu-lagu hits lain yang didendangkan pada malam itu cukup memberi kesan yang mendalam dan menjadi penggubat rindu buat peminat SLAM.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Ternyata konsert Kurnia pada malam itu merupakan hadiah besar buat para peminat yang begitu merindui kehadiran mereka di persada nyanyian, tak hairanlah jika malam itu jeritan dan pekikan peminat tak henti-henti bergema.
“SLAM tetap UNGGUL”.