Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menamatkan teka teki penyepiannya selama empat bulan dengan pengesahan kehamilan.

Sidang media pasalnya diadakan tepat pukul 10.00 malam tadi di kediamannya di Bukit Antarabangsa. Majlis itu disiar secara live di Instagram peribadinya.

Siti kini hamil empat bulan selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Dia mengambil langkah berjaga jaga dengan berehat sepenuhnya di rumah untuk memastikan kandungan tak terjejas.

Tahniah Gondang Online ucapkan.

Inilah kenyataan media yang dibacanya malam tadi;

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA YANG SEDANG MENONTON SECARA LIVE DAN JUGA RAKAN-RAKAN MEDIA DI SINI.

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA SELEPAS SEKIAN LAMA  MEMILIH UNTUK BEREHAT DAN TIDAK MUNCUL DI MANA-MANA MEDIA, HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK BERTEMU TEMAN-TEMAN WARTAWAN DALAM SATU SESI SANTAI ATAU KASUAL.

PERTAMA SEKALI, SUKA UNTUK DIMAKLUMKAN, SAYA DAN SUAMI, DATUK SERI KHALID MOHAMMAD JIWA BARU SAJA SELESAI MENGADAKAN MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SEBENTAR TADI.

BAIKLAH, SAYA TIDAK BERHAJAT UNTUK MEMBERI MUKADIMAH YANG PANJANG LEBAR KERANA TUJUAN PERTEMUAN INI JUGA ADALAH  BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK BERKONGSI PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI DIRI SAYA.

SELAMA MENYEPI SEKETIKA, BANYAK BENAR BERITA DAN SPEKULASI MENGENAI DIRI SAYA YANG DIPERKATAKAN DAN DIKONGSI ATAU DITULAR DI MEDIA-MEDIA SOSIAL. NAMUN SAYA MEMILIH UNTUK BERDIAM DIRI SAHAJA KERANA SAYA ADA FOKUS SAYA YANG TERSENDIRI DALAM WAKTU SAYA BEREHAT INI.

SEHUBUNGAN ITU, PADA KESEMPATAN INI, SAYA BERPENDAPAT, ELOK BENAR SAYA BERTEMU SAHABAT-SAHABAT MEDIA UNTUK ANDA MENDENGAR SENDIRI DARI MULUT SAYA MENGENAI PERKEMBANGAN TERBAHARU SAYA.
DALAM MASA SAMA, SAYA JUGA YAKIN RAMAI DALAM KALANGAN RAKAN-RAKAN WARTAWAN MAHUPUN PEMINAT-PEMINAT SETIA SAYA BAGAIKAN SUDAH DAPAT MENGHIDU PERKHABARAN YANG AKAN SAYA KONGSIKAN SEBENTAR TADI.

SEBELUM ITU, IZINKAN SAYA MEMBERI SEDIKIT PENJELASAN TUJUAN SAYA MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN RAKAN-RAKAN WARTAWAN SEKALI GUS MENYIARKAN PERTEMUAN DENGAN SECARA LANGSUNG DI LAMAN-LAMAN SOSIAL RASMI SAYA IAITU INSTAGRAM (@ CTDK) DAN SALURAN YOUTUBE SITI OFFICIAL VIDEO BAGI MENGELAKKAN SALAH FAHAM.

SETELAH MENGAMBIL KIRA SEMUA FAKTOR, PERTIMBANGAN DAN KEPERLUAN, SAYA TIDAK DAPAT MENAFIKAN KENYATAAN BAHAWA SAYA SUDAH MEMILIH UNTUK BERADA DI DALAM BIDANG INI DAN PASTINYA SETIAP CERITA ATAU PERKEMBANGAN DIRI SAYA AKAN DIPERHATI DAN DIPERKATAKAN.

SEBAIK MUNGKIN, SAYA DAN PENGURUSAN SAYA SITI NURHALIZA PRODUCTIONS (SNP) ENGGAN MEMBUATKAN RAMAI BERTANYA DAN MEMPERSOALKAN KETIADAAN ATAU KEPUTUSAN SAYA UNTUK BEREHAT DAN MALAM INI AKAN TERJAWAB. SAYA JUGA TIDAK BERNIAT MEMPERBESARKAN PENJELASAN INI NAMUN SAYA TIDAK BOLEH MENGENEPIKAN PARA PEMINAT SAYA YANG TENTUNYA MAHU MENGETAHUI KEADAAN SAYA SEKARANG.

SEHUBUNGAN ITU, BESAR HARAPAN SAYA, KENYATAAN YANG AKAN SAYA BACAKAN INI AKAN DAPAT MENJAWAB SEGALA KEMUSYKILAN DAN TANDA TANYA MENGENAI KEPUTUSAN SAYA UNTUK BEREHAT SEJAK EMPAT BULAN LALU. SAYA TEGASKAN BAHAWA TIDAK ADA SEBAB LAIN SELAIN DARIPADA KENYATAAN SAYA SETERUSNYA INI.

1. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN.
ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA.

2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG  TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG  BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA.

3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

4. PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TIDAK PUTUS-PUTUS MENDOAKAN SAYA DAN SUAMI DIKURNIAKAN CAHAYA MATA SELAMA INI. SAYA MENGHARGAI SETIAP DOA ANDA SELAMA INI.

5. SEJUJURNYA, SAYA MERINDUI SEGALA RUTIN HARIAN SAYA SEBELUM INI KHUSUSNYA KELUAR BEKERJA, BERTEMU PEMINAT DAN SEBAGAINYA. NAMUN, SAYA HARUS AKUR DENGAN MEMBERI TUMPUAN ATAU FOKUS PADA KANDUNGAN DAN KEADAAN DIRI SAYA SEKARANG. SAYA MOHON AGAR SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN DAPAT SAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR KANDUNGAN SAYA BERADA DALAM KEADAAN BAIK SEHINGGALAH SAYA PADA KELAHIRAN KELAK.

6. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH DI ATAS PENGERTIAN RAKAN-RAKAN MEDIA, MAAF JIKA SAYA TIDAK DAPAT MENGUNDANG SEMUANYA KERANA SAYA MENGADAKAN MAJLIS INI SECARA SEDERHANA .

7. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI KENYATAAN INI, SEKALI LAGI SAYA DAN SUAMI, DATUK SERI KHALID MOHAMMAD JIWA INGIN BERTERIMA KASIH DI ATAS DOA, SOKONGAN DAN PENGERTIAN SEMUA PIHAK. TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN MEDIA YANG HADIR PADA MALAM INI, KEPADA AHLI KELUARGA DAN SAUDARA MARA, KEPADA PARA PEMINAT SAYA, SITIZONERS YANG SANGAT PRIHATIN  SERTA SEMUA YANG MENONTON DI INSTAGRAM DAN YOUTUBE.

8. ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM SEMUA.