Sebagaimana tahun tahun sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza tak ketinggalan mengerjakan umrah pada akhir Ramadan.

Dia bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, ipar Zaiton bersama suaminya bertolak hari ini.“Saya akan pulang ke tanah air dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan akan menyambutnya di Kuala Lumpur.IMG_20160623_6540

“Selepas itu barulah ke rumah keluarga saya di Pahang juga ke rumah keluarga suami di Kedah,” kata Siti.

Siti berkongsi ketenangan beribadat di Tanah Suci kerana dikelilingi orang yang tidak dikenali.

“Ramai yang tak kenal Siti Nurhaliza, jadi boleh bergerak lebih bebas,” katanya.