Penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza meletakkan Royal Albert Hall London sebagai salah satu destinasi untuk siri konsert jelajah 2019nya.

Namun tiga lokasi serantau, Indonesia, Singapura dan Malaysia diumumkan terlebih dahulu siang tadi.

“Bergelar penyanyi dan penghibur, menjadi anak, kakak, adik, isteri dan kini seorang ibu telah melengkapi segalanya.

Mahu jadikan siri jelajah satu kenangan sangat manis

“Selepas berada di dalam industri muzik Malaysia selama lebih dari 20 tahun, adalah menjadi sesuatu yang penting buat saya untuk membina legasi karier yang tak mungkin dilupakan untuk saya dan juga industri muzik Malaysia.

“Saya juga berhasrat untuk merapatkan jurang antara budaya dan bahasa melalui muzik saya. Saya mahu anda mengembara bersama saya melalui perayaan muzik ini kerana akhirnya bersedia untuk dunia mendengar suara saya.

Konsertnya masih ditunggu peminat. 

“Acara ini akan menjadi konsert jelajah terbesar saya, merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun. Bermula dengan negara-negara jiran kita, Jakarta dan Singapura dan sudah semestinya kembali ke negara kelahiran saya, Kuala Lumpur.

Pihak produksi dan pengurusan saya juga sedang berbincang untuk menghidupkan kembali detik Royal Albert Hall London, dan Insya Allah, berserta beberapa lagiĀ  lokasi ikonik untuk dijelajahi, ” katanya berkaitan konsert jelajahnya.

Sidang akhbar pasalnya disempurnakan di Hotel Shangri La Kuala Lumpur siang tadi. 

Terimalah… 

“Ini merupakan mimpi yang menjadi kenyataan. Saya berasa terharu di atas komitmen ramai pihak menjayakan konsert jelajah ini serta tidak mungkin dapat melakukannya sendirian.

“Saya percaya dengan sokongan peminat setia saya Sitizoners serta peminat yang menantikan kemunculan saya, konsert jelajah dan perancangan ini bakal menjadi sesuatu yang hebat.

“Konsert jelajah ini juga adalah platform saya untuk membawa nama, muzik dan budaya Malaysia ke Indonesia, Singapura dan mungkin lebih banyak tempat lagi selepas ini,” ucapnya pada sidang media tersebut.