Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin belum mengatakan tidak untuk menyanyikan lagu Anta Permana dalam Anugerah Juara Lagu.

Namun dia juga belum mengatakan ya untuk menyertainya, namun mengakui pihak pengurusannya ada berbincang pasal hal itu. 

Siti ketika menjadi tamu Pagi Hari Di Kool FM (PHDKool FM) pagi tadi berkata lagu tersebut menjadi hak penciptanya Hael Hussaini dan Ezra Kong.

“Terserahlah kepada Hael kalau mahu menyertai Juara Lagu. Kalau saya tak dapat menyanyikannya, terserahlah kepadanya memilih penyanyi lain,” kata Siti.

Siti sendiri secara terbuka mengatakan dia berkenan dengan keupayaan Ernie Zakri yang turut menyanyikan lagu dalam laman sosial.

Pengendali segmen itu, AG, Haiza dan Muaz beriya iya memujuk Siti untuk kembali menyertai Juara Lagu melalui lagu Anta Permana.

Namun Siti masih tidak memberi kata putus dan membiarkannya berlalu sahaja.

Adakah Siti akan kembali. Hanya masa menentukan.