Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti  Nurhaliza belum bersedia berkongsi apakah jantina bayi dalam  kandungannya sebagai menghormati permintaan  suami.

Sebelum ini kecoh dikatakan bayinya perempuan selepas dia memuatnaik video imbasan dengan kedengaran perkataan princess daripada mulut petugas hospital. Bagaimanapun video itu segera dipadam daripada akaun Instagramnya.

Cipta lagu untuk anak.

“Tiada tarikh tertentu mengenai pengumuman  jantina bayi kami dalam masa terdekat ini. Apabila suami menyatakan persetujuan, barulah  perkara tersebut akan dibincangkan,” kata Siti semasa ditemui media selepas pelancaran program percutian keluarganya yang dinamakan CTDK-ation di Kuala Lumpur hari ini.

Foto: Facebook Rozi Razak.

Program jurnal percutian keluarga itu  diterbitkan oleh Astro dan akan mula ditayangkan pada 29  Disember ini.

Sementara itu Siti juga mendedahkan yang dia mendapat ilham menghasilkan lagu khas buat anak yang dikandungnya. Dia dijangka melahirkan pada Mac depan.

“Saya  mendapat idea mencipta lagu tersebut ketika  berada di bilik mandi. Ia sebagai hadiah istimewa daripada seorang ibu kepada  anaknya. Saya akan rakam lagu tersebut sebelum
bersalin.

“Setakat ini saya sudah ada tiga  melodi dan akan dipilih hanya satu yang terbaik sahaja. Judul dan lirik pun belum ada lagi… apabila sudah dapat lirik,  barulah saya pilih judul yang sesuai,” katanya lagi.

Program itu ibarat paparan untuk melepaskan rindu peminat terhadapnya sebab sejak awal kehamilan sehingga kini dia masih berehat.

Hadiahkan program percutian keluarga kepada peminat.

Semasa tempoh rehatnya daripada kemunculan di khayak ramai, program itu bolehlah menjadi pelepas rindu peminat.