Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang dilahirkan minggu lalu dinamakan sebagai Siti Aafiyah.

Siti membuat pengumuman pada majlis Aqiqah, tahnik dan cukur jambul yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam ini.

Menurut Siti, idea meletak nama itu diterima oleh suaminya Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa semasa mereka di Mekah.

“Suami tanya saya pasal nama itu. Dan saya pun selepas itu bila dapat pesanan mesej pasal doa, ada dengar ayat afiyah itu,” kata Siti.

Selama seminggu sejak dilahirkan Aafiyah digelar Fatimah Az Zahra.