Teater komidi seram, Korupsi Dewan Semandung penerbit Ogy Ventures & Network yang akan dipentaskan malam ini sehingga Ahad di Istana Budaya menampilkan sindiran dalam lawak.
Penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud berharap apa yang ditampilkan dalam teater Korupsi Dewan Semandung itu diterima dengan terbuka sambil berhibur.

Azmi, Tauke dan Tapai

Teater arahan Khir Rahman ini dijayakan oleh Syura, Vicha, Douglas Lim, Tauke, Azrul, Chemat, Azmi Khalid Buskers Mark Adam, Joey Daud, Tapai, Chiwan, Dr. Maza (Prof. Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin) dan Man Raja Lawak sebagai pengganti Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu.
Ia mengisahkan orang kampung yang cuba mempertahankan dewan lama di kampung mereka daripada tergadai.
Ada sekelumpuk yang cuba menjualkannya kepada tauke Cina demi kepentingan peribadi.
Kiasan yang disampaikan boleh ditafsirkan sebagai suasana politik semasa, dan dewan itu boleh dijadikan perlambangan negara Malaysia yang cuba dipertahankan oleh ketua kampungnya, tok sidang daripada tergadai.
Apatah lagi ada satu watak bernama Encik Tan atau Pak Atan kakonan Douglas Lim yang sering tersalah sebut sebagai Pakatan.
Malah pengarahnya juga mengakui dirinya terbuka untuk menyuntik elemen semasa sekiranya ada yang beri cadangan.
“Dengan teater kita boleh jadikan cerminan untuk mereka (ahli politik) mencerminkan diri mereka, kalau benda itu dilihat sebagai art lah, kalau dilihat sebagai nak mengata-ngata, itu yang susah tu,” kata Khir.
Walaupun ada kiasannya, sebagai sebuah teater komidi, penonton juga boleh menilainya daripada sudut komidi dan bergelak ketawa.
Pelakon yang kebanyakannya pelawak itu tampil dengan bahan lawak yang menghiburkan.
Joey Daud, Man, Tauke, Vicha, Syura dan Douglas Lim dan kesemua pelakon ada cara dan dialog tersendiri untuk membuat penonton tak kering gusi.
Kehadiran Datuk Dr. Maza ada kesannya tersendiri kerana isi teaternya yang berkait isu koropsi dan tahyul. Dia menyampaikan dakwah bersahaja dengan isu itu.

Salah satu babak
Krew
Dr. Maza