Selama lima tahun penyanyi Izzmad Harun mencuba nasib dalam bidang seni. Dengan 11 buah single dalam tempoh itu, namanya masih belum ke mana-mana.
Namun dia tidak jadikannya sebagai pematah semangat sebaliknya terus mencuba nasib. Walaupun ada yang memandang sinis dengan usahanya, dia terus mahu melangkah dan buktikan ia tidak sia-sia.Hasilnya Izzmad melalui syarikatnya sendiri, Izzmad Harun Empire menghasilkan single baru berjudul Bisa Pertama.
Lagu ciptaan Bayeng Black itu dapat sentuhan penyusun lagu, Hadi Hassan. MV lagu itu dilancarkan di Hotel Ibis, Kuala Lumpur petang tadi.
“Saya yakin lagu ini mampu menempatkan nama saya. Sebagai penyanyi saya dapat rasakan jiwanya.
“Saya juga mahu buktikan kepada orang yang pernah menghina saya selama ini. Ada yang kata saya syok sendiri hasilkan lagu,” kata Izzmad.
Lagu Bisa Pertama juga boleh dirujuk kepada kisah dirinya sendiri yang sanggup meninggalkan adik bongsunya yang tak sihat di kampung kerana mahu kejar cita-cita jadi penyanyi.
Siapa sebenarnya yang hina Izzmad tu? Ikuti pengakuan Izzmad dalam temubual ini.