Pengarah, penerbit dan penulis skrip drama rantaian terbaik Nur masih mencari pendukung watak Juita selepas Nelydia Senrose menarik diri pada saat saat akhir

Pengarahnya Shahrulezad Mohameddin mengumumkan penarikan diri Nelydia dengan alasan watak itu terlalu daring untuknya yang kini sedang mengerjakan umrah.

“Hi guys. Officially abam nak announce yg Nelydia Senrose tak jadi join cast of #NUR2 due to her personal reason which is abam respect lah. Mungkin watak tu terlalu daring utk dia yg sedang mengerjakan umrah sekarang.

“So hmm…entahlah…serabut abam nak fikir saper nak ganti. Last minute sangat dah. Lantak lah. Korang boleh tolong fikirkan tak saper nak nak jadi Juita ni?

“Susah susah kang biar aku jer pegang watak tu kang. With good lighting abam rasa macam boleh masuk jer provided suara kena dubbing lah 😂😂😂 hahaha…gelak gelak jugak. Aku stress ni.

“Anyway to Nely. Dont worry. Abam faham dik. Semoga awak dikurniakan umrah yg mabrur yer. Aminn. InsyaAllah. Mode mencari Juita is on bebeh….,” tulisnya di laman Facebook.

Perbualan Nelydia dan pengarah Nur2

Ramai yang memberi cadangan nama nama pelakon wanita antaranya Sharifah Sakinah, Zahirah MacWilson, Nabila Huda, Atikah Suhaimi, Uqasha Senrose, Nadia Aqilah, Miera Leyana dan beberapa lagi.

Siapa agaknya yang bakal mewarnai drama terbaik dan popular itu melalui watak baru yang diwujudkan dan dijangka jadi tumpuan itu?

Apa agaknya alasan Nelydia bila mengatakan watak itu terlalu daring? Nelydia selama ini tidak terlalu cerewet bab penampilan.

Apakah dia sudah rancang mahu kekal berhijab sekembali daripada mengerjakan umrah? Tunggulah apabila dia kembalj nanti. Ataupun dia sudah merancang mahu kahwin dan tak mahu watak perempuan malam dalam Nur2 itu menonjolkan imej negatif?