Artis lelaki popular mana yang buat hal dengan krew sampai nak kena tumbuk tu?

Pengarah Along Kamaluddin naik status pasal insiden itu dalam Facebooknya hari ini.

“Apalah artis popular yang hebat ni, nak cari pasal dengan budak crew production, mencarut bagai. Jangan ingat orang yang diam ni tak ada maruah.

“Ha..! sekarang kau yang kecut… nasib baik ada orang leraikan, kalau tak, sia sia muka yang hensem tu jadi herot,” tulis Along.