Pelakon kacak Syukri Yahaya bergelar ayah hari ini apabila isterinya pelakon Tya Adnan melahirkan anak perempuan sulung mereka.

Syukri berkongsi berita gembira itu dengan memuatnaik fotonya bersama baby yang dilahirkan sihat tengah hari tadi.

Syukri bahagia bergelar daddy.
Syukri bahagia bergelar daddy.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24/8/2016 tepat jam 12.22pm isteri saya @tyaadnan selamat melahirkan cahaya mata sulong kami (perempuan).. Terima kasih pada semua yang mendoakan.. Allahuakhbar..,” demikin tulis Syukri dalam laman sosialnya hari ini.