Platform e-dagang no.1 Malaysia, Shopee berjaya kumpul RM114,170 dalam tempoh kurang tiga minggu, dalam kempen amal sulungnya #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.

Ia dilaksana bersama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan rakan kerjasama seperti Sunway Medical Centre.

Pencapaian luar biasa ini disebabkan oleh sokongan gelagat artis seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Sarah Hildebrand, Adira Suhaimi, Fahrin Ahmad dan Sophia Liana serta atlet gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan yang telah bersatu di laman media sosial.

Amy

Untuk terus meningkatkan kesedaran, #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge menutup tirai dengan kemuncak rancangan siaran langsung yang disiarkan di Shopee Live dan Astro Prima.

Personaliti-personaliti ini mengambil bahagian dalam enam cabaran yang diundi oleh rakyat Malaysia. Untuk setiap cabaran yang berjaya diatasi, Shopee menambahkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada MAKNA. 

Selain itu, Adira memberi kejutan kepada penonton dengan menyanyikan single keduanya, Ilusi, yang merupakan aksi perasmian pertunjukan dan mengagumkan.

Sementara itu, Elyana yang menghidap kanser limfoma peringkat keempat masih mencari kekuatan untuk membawa peminatnya dalam perjalanan untuk mengimbas memori keindahan lagu hitnya pada tahun 2007, Kalis Rindu.

Game bersama AC

Apabila ditanya oleh pengacara, Dato’ AC Mizal, bagaimana beliau mengharungi cabaran hidup ini, beliau menjawab, “Selagi anda percaya anda boleh, anda boleh. Cabaran terbesar adalah untuk mengatasi minda kita terlebih dahulu.”

Untuk memeriahkan lagi persembahan tersebut, Yasmin Hani dan Lia Natalia bertanding dalam cabaran penyegerakan bibir. Bergaya dengan pakaian rock, Yasmin Hani berjaya memikat hati penonton dengan mimikan lagu Don’t Stop Me Now oleh Queen manakala Lia Natalia mempersembahkan lagu Haa Tepok oleh Meerfly.

Juga turut serta adalah As’ad Motawh dan Sophia Liana dengan tarian Bollywood yang mencuit hati para penonton. 

Ikon rock, Amy Search membuat penampilan mengejutkan dan mempersembahkan salah satu lagu terkenalnya, Kerja Gila.

Persembahan

Shopee mencatatkan setengah juta tontonan dalam masa dua jam apabila rakyat Malaysia menonton untuk menyokong bintang kegemaran mereka. Pada permulaan pertunjukan, Shopee hanya berjaya kumpul RM60,000 tetapi sumbangan terus melimpah sehingga tengah malam dan mencecah RM114,170. Untuk menonton pertunjukan itu sekali lagi, pergi ke http://shopee.com.my/ShopeeMAKNAShow

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan menyokong kami dalam usaha ini. Kami rasa bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan warga Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau agama. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada semua pengguna dan rakan kami.”

Pencapaian #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge disebabkan oleh acara 11.11 Big Sale terbesar Shopee yang disimpulkan dengan kejayaan menakjubkan: 70 juta barangan dijual pada 11 November, dengan 3 kali lebih banyak pesanan dicatat pada jam pertama berbanding 2018.