Penyanyi Shima yang popular dengan lagu Teringin, bakal berniaga nasi campur Isnin depan.

Dia menamakan warung yang diusahakannya di Damansara Damai, Kuala Lumpur itu sebagai Warung Teringin. 

Shima memuatnaik status pasal perancangannya dalam laman Facebooknya.

“Canopy dah naik Alhamdulillah. Warong Teringin mula niaga Isnin depan. Saya niaga nasi dengan lauk pauk dan buat masa ni cuma bungkus je dulu ye.

Shima di dalam warungnya.

“Mula pukul 11. 00 pagi In shaa Allah sebelum pukul 6. 00 dah kena tutup sebab bagi laluan pada peniaga sebelah malam.

“Di pintu masuk Apartment Lestari Damansara Damai. Semoga dipermudahkan urusan kami in shaa Allah. Nak bungkus air boleh, tapi air sirap je la buat permulaan,” tulis Shima.