Penyanyi dangdut Shikin yang baru bebarapa bulan mengusahakan kedai makan di Negeri Sembilan mula berasa penat denganĀ  dugaan sebagai peniaga. Dia luahkan rasa penat dalam Facebooknya hari ini.

“Kini aku benar-benar mengerti betapa lelahnya mencari rezeki dengan cara berniaga kedai makan. Penat sungguh seluruh badan. Otak dan hati turut penat bersama. Itu belum cerita hal ragam dan perangai orang yang datag dan orang yang memang di sekeliling.

“Tak henti aku berdoa, moga Allah bagi kekuatan dan iman yang utuh buat diri. Moga diri mampu melalui, mampu beroleh kejayaan seperti mereka-merea yang Allah telah kurniakan kejayaan.” tulis Shikin dalam Facebooknya hari ini.