Bekas pemain bes kumpulan Kasawari dan Lekir, Sharom Fadzilla Razillah meninggal dunia hari ini kerana penyakit kanser paru-paru.

Adiknya penyanyi Datin Ramziela memaklumkan pemergian abangnya dalam laman sosial Facebooknya hari ini. Alfatihah.

Allahyarham Sharom semasa mendapat rawatabn di hospital.
Allahyarham Sharom semasa mendapat rawatabn di hospital.

“Innallillahiwainnallillahirojiun…..Abang kasayangan kami sekaluarga Allahyarham Sharom Fadzillah Bin Razillah iaitu bekas Pemain Bass Kumpulan Kasawari & Kumpulan Lekir yg menderita penyakit Cancer Paru-paru tahap empat telah meninggalkan kami untuk selamanya.

“Di hari Jumaat yang mulia ini, semoga Allah ampunkan dosa dosa dan dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama sama mereka yang soleh.

sha-2“Harap maklum kepada semua saudara mara serta sahabat sahabat semua dan halalkanlah makan minumnya…. jika arwah pernah melakukan kesilapan maafkanlah dan jika ada berhutang sila jumpa kami,” tulis Ramziela.

Jenazah diuruskan di Masjid Al Makmuriah Kayu Ara Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.