Ingat lagi tak dengan pelakon ini? Shahrul Nizam Ariffin. Dia aktif semasa zaman remaja pada era 1990-an. Dia diperkenalkan dalam filem Burung Besi pada tahun 1999 oleh Bade Haji Azmi.

Sudah lama dia menyepi. Sekarang Shahrul Nizam mahu kembali aktif berlakon. Sebab lama sangat tak berlakon, dia kini kerap menonton drama Melayu untuk melihat gaya terkini dalam pembikinan drama.

Shahrul Nizam hari ini.

“Saya masih ada kenalan dalam bidang seni dan saya sudah pun berjumpa dengan mereka iaitu pengarah dan penerbit untuk memberitahu hasrat saya untuk kembali,” katanya.

Burung Besi memperkenalkannya.
Foto lama Shahrul Nizam

Memandangkan usianya sudah dalam lingkungan 40-an, dia harap dapat tawaran watak yang sesuai dengan dirinya hari ini. Shahrul masih kekal fit sebab dia masih aktif bermain bola sepak.

Shahrul Nizam ditemui semasa menghadiri satu majlis di Restoran Rebung Chef Ismail di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Shahrul pernah bekerja di belakang tabir bersana penerbit siti Upin & Ipim, Les Copaque Production.

Dia juga pernah menetap di Kelantan kerana menguruskan perniagaan bapa mertua.

Sebab itulah dia lama menghilang daripada radar seni.