Hujung minggu lepas lepak-lepak saja di rumah, kepala pun agak pening sikit, telinga berdengung, terasa macam nak pitam pun ada. Terbayang kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali yang berdekatan dengan rumah, lebih kurang 8 minit perjalanan ke sana.

IMG_20160217_1164Dah lama jugak tak berkunjung ke sana, adalah lebih kurang 3 tahun. Kebetulan pula seorang rakan dari Kuala Lumpur menelefon nak datang dan mengajak untuk beriadah di sana, sengal-sengal dan lenguh-lenguh badan katanya .

Jika anda hendak ke Genting Highland melalui Batang Kali pasti anda akan nampak papan tanda menunjukkan arah ke Kolam Air Panas Hulu Tamu.

IMG_20160217_38824Ternyata banyak perubahan yang telah dilakukan di sini setelah beberapa tahun tidak berkunjung.

Apalagi kami pun merendamkan sedikit demi sedikit kaki ke dalam air…panassssss. Kolam air panas dibahagi kepada dua bahagian iaitu kolam yang panas untuk dewasa dan yang suam suam kuku tu untuk kanak-kanak.IMG_20160217_52706

Terdapat pasangan suami isteri menyediakan khidmat urut kaki, kami mencubanya dengan bayaran rm40 satu jam.

Mereka berada disana pada setiap hujung minggu sahaja. Wow..memang hebat, terasa ringan badan selepas diurut.

Orang semakin ramai meskipun cuaca agak panas pada petang itu, ternyata tempat ini tidak lekang dengan pengunjung.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah kebersihan tandas yang cukup mengecewakan, kalau boleh minta pihak berwajib pantau kemudahan tandas di sini.

IMG_20160217_15824Malulah kalau pelancong asing ataupun orang luar datang tengok tandas yang kotor ni.