Radya Beauty & Cosmetics yang diasaskan oleh Pn. Nor Dyanna Mohd Noor dan suami En. Suhaimi Mustafa telah melancarkan produk penjagaan kulit dibawah jenama “Radzell”. Tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk kecantikan adalah disebabkan menyedari kepentingan penjagaan kulit amat penting dan sememangnya bukan sahaja wanita inginkan kelihatan menawan dan berseri malahan kaum lelaki juga ingin nampak tampan dan bergaya. Oleh sebab itu, Radya Beauty & Cosmetics mengeluarkan produk kecantikan muka bagi merealisasikan impian untuk memiliki kulit yang gebu, anjal serta putih berseri. Pemilihan nama “Radzell” adalah sejajar dengan maksudnya iaitu “kecantikan” dan nilai komersial dan mempunyai nilai eksklusif pada nama tersebut. Jenama “Radzell” telah mendapat Trademark pada 2016.

RADZELL INTENSIVE WHITE RADIANCE SET Radya Beauty & Cosmetics telah melancarkan produk pertama di bawah jenama Radzell iaitu “Radzell Intensive White Radiance” set 5 dalam 1 yang diformulasi dari ekstrak buah-buahan dan bunga-bungaan bagi mencerahkan kulit seawal 14 hari dan melembapkan kulit sehingga 24 jam. Ia memutihkan kulit dari dalam epidermis, meningkatkan seri wajah dengan memperbaharui lapisan luar kulit dan mengunci kelembapan kulit bagi memastikan wajah sentiasa berseri, bercahaya dan sempurna. Pemilihan bahan-bahan bagi produk Radzell Intensive White Radiance adalah sangat penting untuk menjamin keselamatan pengguna. Oleh yang demikian, Radya Beauty & Cosmetics menjalinkan kerjasama dengan kilang yang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan berdaftar di bawah FMM-MCTIG (Malaysia Cosmetics & Toiletries Industry Good) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam Radzell Intensive White Radiance adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh “Asean Cosmetic Directive”. Ini bagi memastikan produk jenama Radzell adalah Berkualiti Premium.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi;
Pn. Nor Dyanna Mohd Noor
Pengasas / Pengarah Urusan Radya Beauty & Cosmetics   Tel: 011-10028582                                                                       Email: radzell.hq@gmail.com