Seoul Garden, rangkaian restoran makanan Korea di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-10 dengan pembukaan cawangan terbaru di Melawati Mall.

Memiliki 34 cawangan berkonsepkan bufet dan 12 cawangan berkonsep ala-carte ‘Hot Pot’, Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea.

Seoul Garden, telah beroperasi sejak tahun 2007, memperkenalkan makanan berkonsepkan ala Korea yang memenuhi selera dan citarasa rakyat Malaysia. Seoul Garden juga menyediakan daging perapan yang istimewa kepada pelanggan-pelanggan, iaitu seperti daging perapan perisa kopi, spicy bulgogi, teriyaki dan pelbagai lagi.

Pengunjung juga boleh memilih masakan Asia yang disediakan dan juga pilihan menu buffet kami adalah lebih dari 150 jenis pilihan. 

Selain daripada konsep steamboat dan barbeku, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi. Seoul Garden mensasarkan lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia bagi memastikan semua orang  berpeluang untuk mencuba makanan yang disediakan.

Sehingga kini, Seoul Garden telah pun mempunyai lebih daripada 70 buah restoran di tujuh buah negara; Malaysia, Singapura, Philippines, Vietnam, Indonesia, Mynmar dan Brunei.

Dengan adanya cawangan di Melawati Mall ini, ianya merupakan cawangan pertama Seoul Garden di Malaysia yang memberikan konsep baru kepada pelanggan-pelanggan. Konsep kali ini mempunyai kelebihan dimana ianya menggunakan sistem infrared dan ternyata ianya lebih mesra pelanggan. Seoul Garden memberikan kelebihan dari segi steamboat dan barbeku apabila ianya mempunyai dua bahagian sup (steamboat) yang berbeza dan ditengah-tengahnya merupakan tempat untuk barbeku.

“Konsep ini lebih kontemporari dan memberikan lebih keselesaan kepada pelangan kami” kata Desmond Lim, Pengarah Urusan Seoul Garden.

2017 merupakan tahun yang amat bermakna kepada Seoul Garden. Tahun ini merupakan ulang tahun Seoul Garden yang ke-10 dan mereka amat berbesar hati dengan sokongan yang telah diterima selama ini.

Selain dari membuka cawangan baru, Seoul Garden di sekitar Malaysia kini telah pun mendapat pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini menandakan komitmen Seoul Garden bagi menyediakan yang terbaik kepada para pelanggan kami. Sehingga kini, 26 cawangan Seoul Garden telah pun menerima pengiktirafan Pensijilan Halal dari JAKIM.

“Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Persijilan Halal dari JAKIM adalah bukti komitmen yang tinggi dari kami kepada hampir 80% pelanggan Melayu kami bahawa kami sangat komited dalam memberikan yang terbaik kepada mereka serta memenuhi standard yang ditetapkan.

“Selain daripada itu, Seoul Garden akan terus mengekalkan pensijilan Halal ini dan akan sentiasa mengharapkan dengan adannya pensijilan Halal ini ianya akan dapat memberikan lebih tarikan kepada semua untuk terus berkunjung ke restoran kami tanpa rasa ragu-ragu.” kata Zuryanti, Eksekutif Halal dari Seoul Garden.

Antara tetamu-tetamu yang hadir di pembukaan rasmi Seoul Garden Melawati Mall ialah Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden Group Pte Ltd, Andrew Lee, penyanyi terkenal; Sufian Suhaimi, pengacara TV; Fiza dan 30 anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong.

“Kami berasa amat gembira kerana dapat meraikan ulang tahun Seoul Garden yang ke-10 bersama anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Hidayah Puchong, Sufian, Fiza dan rakan media. Kehadiran mereka membantu memeriahkan sambutan ini,” kata Lim.

Untuk maklumat lanjut tentang Seoul Garden, layari www.seoulgarden.com.my .