Kunjungan hormat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ke Jakarta, Indonesia  bagi bertemu persatuan dan stesyen televisyen negara jiran itu baru-baru dianggap satu kejayaan dua hala.

Lawatan selama tiga hari bermula 5 Januari lalu itu mempertemukan mereka dengan wakil Persatuan Karyawan & Televisi Indonesia, Demi Film Indonesia, Persatuan Produser Filem Indonesia dan beberapa lagi persatuan termasuk beberapa buah stesen televisyen.

Presiden Seniman Zed Zaidi berucap.

Lawatan ini adalah buat julung kalinya diadakan di bawah kepimpinan Zed Zaidi dan ia adalah lawatan bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui industri kreatif secara khususnya.

Dalam rangka lawatan selama 3 hari ini juga Seniman dapat menyampaikan hasrat Malaysia dalam berdepani masalah kemasukan artis atau pelakon daripada Indonesia.

Seniman  memperkenalkan solusi termasuk akta dan perundangan, polisi dan dasar, dokumentasi, permit, kerjasama produksi, pelaburan dan ekosistem industri kreatif serta mengkukuhkan dasar-dasar kerajaan kedua-dua negara untuk menjadikan industri kreatif sebagai hub di rantau ini.

Salah satu lawatan.

Selain itu, objektif lawatan juga bagi mewujudkan pembanggunan kerjasama strategik dua hala antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui platform “Cultural Diplomacy”.

Menerima cenderahati. Hafiz Nafiah (dua dari kiri)

“Seniman yakin ia akan mencapai matlamatnya dalam sedikit masa lagi. Kunjungan ini juga adalah bagi memperkenalkan kepada pemain atau pengendali industri kreatif di Indonesia untuk mematuhi syarat antaranya, menjadi ahli bersekutu Seniman ketika menjalankan sebarang aktiviti seni di Malaysia.

“Selain itu kita mahu mereka mematuhi undang-undang mahupun akta serta mereka juga perlu mempunyai permit yang sah sebelum ketibaan mereka di Malaysia. Seniman akan memainkan peranan sebagai jambatan kepada mereka dengan agensi Kerajaan yang terlibat.

“Seniman turut menjemput mereka membuat kunjungan balas pada bulan Mei depan sebagai menghargai jasa mereka atas layanan baik mereka semasa Seniman di Jakarta,” kata Setiausaha Agong Seniman, Hafiz Nafiah.