Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini membuat kunjung ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada penyanyi utama kumpulan Freedom, Shuaib Saari, 60, yang kini menderita penyakit stroke.

Seniman melalui salah seorang Ahli Jawatankuasanya, Zack KOOL bersama-sama beberapa orang menyertai ziarah tersebut.

“Alhamdulillah….hari ini saya ziarah abang Shuaib  Shaari ( 60 ) Kumpulan Freedom yang sakit stroke dan menyampaikan sumbangan daripada Seniman… juga dihadiri Dato Hasnal, JKM Selangor dan Tok Sidang,” tulis Zack dalam laman Facebooknya.