Persatuan Seniman Malaysia kini memiliki kenderaan rasmi sendiri untuk kegunaan mereka.

Kenderaan itu dilancarkan oleh Datuk Sri Panglima Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia di Finas petang tadi.

“Seniman berasa bangga dan terima kasih atas sokongan ahli-ahli Seniman selama ini yang banyak membantu mendorong kepimpinan Seniman bagi merialisasikan impian menjadi Persatuan Artis pertama di Malaysia yang mempunyai kenderaan sendiri.

“Kenderaan ini juga akan digunakan bagi memudahkan urusan Seniman, urusan untuk membawa artis-artis veteran ke hospital, program-program luar bandar Seniman termasuk untuk menyewakan kepada pihak lain bagi membantu untuk menggumpul dana bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan dan tabung kebajikan Seniman,” kata Presidennya Zed Zaidi.

Kenderaan itu didaftarkan menggunakan nombor pendaftaran khas Untuk Seniman ( US514 ) yang Seniman lancarkan pada tahun lepas.

“Seniman juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja yang berkerja sama dengan Seniman untuk merialisasikan impian ini,” sambungnya.