Pelakon Elisha Sandha menafikan dia mendapat rezeki dalam lakonan kerana hubungannya dengan pelakon popular Fasha Sandha. Dia sebaliknya mendapat peluang melalui usaha sendiri termasuk menjalani uji bakat.

“Saya menjalani uji bakat sebagaimana pelakon lain juga sebelum mendapat tawaran. Tak ada kena-mengena hubungan kekeluargaan saya dengan Kak Fasha,” kata adik pelakon Fasha Sandha itu.