“Saya tak nak pun kat Aliff. Saya masih sayangkan teman lelaki saya yang akan jadi bakal suami saya,” kata pelakon muda Afifah Nasir.

Afifah menjelaskan bahawa dia rapat dengan Aliff demi menyudahkan penggambaran drama lakonan mereka. Ia demi memastikan Aliff datang ke set penggambaran.

Difahamkan sebelum kejadian Aliff dan Afifah kantoi berkaraoke bersama oleh isteri Aliff, Bella Astillah, penggambaran drama tersebut tergendala kerana Aliff tidak patuh jadual.

Afifah tampil beri penjelasan.

“Saya tak mengatakan yang saya tak bersalah langsung dengan membenarkan si dia pegang tangan saya, tapi saya harap selepas mendengar penjelasan saya, ¬†orang yang membuat tuduhan akan faham cerita sebenar. Saya rasa teraniaya juga dalam hal ini.

“Saya lambat membuat kenyataan atas nasihat peguam. Saya tak mahu saling berbalas kenyataan sebab saya tak suka kisah kisah negatif macam ini.

“Sebelum ini banyak juga hero saya itu suami orang, tapi tak ada pulak isu macam ini, kalau nak kata saya suka kepada suami orang sudah pasti timbul perkara ini ( kacau suami orang). Tapi tak ada pun terlekat,” kata Afifah dalam sidang media hari ini.

Temubual Afifah bersama Farihad BH. Scan menggunakan QR Code untuk menonton video penuh.

Diminta komen pasal amaran Bella agar dia menjauhi Aliff, Afifah tidak kisah kalau dia (Bella) memberitahu pihak produksi agar Aliff tidak memandangnya semasa dalam set lakonan.

Afifah akui terkilan apabila isu yang melibatkannya turut terpalit kepada keluarga sehingga akaun media sosial si kembar anak saudaranya pun kena godam.

“Saya rasa tertekan juga bila keluarga saya kena. Ia membuatkan saya tidur malam pun menangis sebab saya fikir disebabkan saya, keluaraga saya kena jugak.

“Saya tak menyesal berlakon dengan produksi ini, niat mereka nak habiskan shooting saja. Mereka tak cakap pun pergilah keluar. Mereka minta saya layankan sahaja Aliff, kalau tidak, dia tak datang ke set,” jelas Afifah lagi.

Afifah juga mengambil peluang semasa  sidang media untuk memohon maaf kepada Bella kerana telah membuatkan Bella terluka. Dia juga mendoakan yang terbaik sahaja untuk pasangan itu.