Penyanyi Sarah Suhairi menjuarai pertandingan Big Stage musim pertama di Dewan MBSA, Shah Alam malam tadi. 

Sarah Suhairi

Dia membawa pulang wang tunai RM100, 000 serta trofi. Naib juara yang menawarkan RM50, 000 menjadi hak Syafiq Farhain.

Afieq Shazwan menduduki tempat ketiga dengan RM25, 000 manakala Wanie Kyrie di tempat keempat dengan hadiah RM10, 000. Tempat kelima pula milik Baby Shima dengan wang tunai RM5, 000.

Syafiq Farhain

Pertandingan yang dibawakan oleh Astro Ria itu menggunakan pemarkahan juri 70 peratus dan undi melalui Tik Tok 30 peratus.

Juri tetap final ialah Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta dua juri jemputan, Mas Idayu dan Mark Adam.