Penyanyi popular era 60-an dan 70-an, Sanisah Huri sudah lama bersara. Baru beberapa lama ini dia muncul kembali.

Penyanyi yang popular dengan lagu Si Baju Hijau, Sejak Ku Bertemu Padamu, Bersabarlah Sayang dan banyak lagi itu ada hadiah istimewa buat peminat.

Bersama Yusnor Ef

Sanisah bakal mengadakan konsert, “Sanisah Huri Live in Concert”  pada 19 April 2019, bertempat di The Capitol Theatre, Singapura.

Konsert gah ini dibawa oleh  Taps Events & Entertainment, dan disokong dan
diarahkan oleh PERKAMUS. 
Konsert 90 minit ini bertujuan untuk mengimbau kembali lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh biduanita Sanisah Huri  sendiri, sekaligus untuk menghargai dan mengingati sumbangan besar beliau selama 50 tahun terhadap industri muzik Melayu di negaranya, Singapura.   

“Konsert sulung yang penuh bermakna ini adalah untuk memenuhi permintaan peminat peminat, mengubati peminat yang rindukan lagu lagu saya.

“Saya mahu mendekati dan menghargai peminat yang saya sayangi,” katanya.

Sanisah Huri  bakal menyanyikan lebih 25 buah lagu malar segar dan kesukaan ramai. 

Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Si Baju Hijau, Sejakku Bertemu Pada Mu, Mencari Bahagia, Tari
Tualang Tiga, Kau Di Sayang, Inai Pengantin, Ku Jangan Di Tinggal Tinggal Kan, Tuah dan Tijah dan banyak lagi. 

Tiket berharga $68, $88, $98 dan $128 boleh di dapati di counter SISTIC atau layari www.sistic.com.sg untuk maklumat lanjut.
Penganjur juga menjual tiket tiket kepada Badan Badan korporat yang ingin berkerjasama dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Tilah Maricar di talian +65 98632592, Emma di talian +601127808886.