Chef Selebriti Jaafar Onn bersama rakan artis seperti Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman dan Zaiton Sameon akan JOmembuat persembahan bersempena Hari Ibu pada tahun ini di Equestrian Bukit Kiara, pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei iaitu pada 8 Mei 2016.

Selain dari berhibur anda juga boleh menjamu selera dengan hasil air tangan Chef Jaafar Onn sendiri. Anda pasti akan bergelak ketawa dan tak kering gusi dengan aksi dan telatah lucu dari Jaafar Onn. Inilah masa dan caranya untuk anda meraikan insan tersayang, tanpa mereka siapalah kita. Pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh insan bernama ibu amatlah besar. “Syurga di bawah telapak kaki Ibu”.

Kepada yang berminat bolehlah membuat tempahan sekarang. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi di talian 019-2570007.

Selamat Berhibur!