Showcase amal Artis Lagenda 90-an yang menghimpun barisan artis rock era 90-an nendapat sambutan meriah melangkau jangka.
Lebih 450 orang peminat terhibur dengan persembahan yang diadakan di Hotel EDC Kuala Lumpur. Ia melangkau jangkauan yang awalnya sasarkan 30 buah meja dengan 300 penonton sahaja.

Memandangkan dewan tidak mampu memuatkan lebih banyak meja, penganjur terpaksa menolak banyak permintaan mendapatkan tiket masuk.
Sebahagian kutipan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan bantuan. Antaranya ibu tunggal, gelandangan dan anak yatim.
Sementara itu, penganjur, Nizam Laksamana dari Nizam Laksamanna Production terpanggil menghulurkan sumbangan kepada balu Allahyarham Saleem, Julia yang turut hadir menonton.
“Kami juga rasa kehilangan sahabat kami dan sumbangan ini sebagai tanda perihatin kami,” kata Nizam.
Menurut Nizam, idea mengadakan showcase ini dimulakan sejak dua tahun lalu hasil perbincangan dengan rakan rapat.
Dalam persembahan tersebut, Renggo Arrow memulakan persembahan dengan lagu Aku Tak Marah dan Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku diikuti Zamani dengan lagu Jika Kau Rasa Getarnya dan Nurkasih.
Tia Jinbara mempersembahkan lagu Pateri dan Farhana. Nizam Laksamana pula perdengarkan lagu popularnya Gugurnya Bunga Cinta dan Curang. Bagio Damasutra pula dengan lagu Sufi dan Umpama Mimpi Dalam Mimpi.
Amir Ukays mengembalikan nostalgia lagu Kekasihku Di Menara, Rythm Si Jantung Hati danĀ  Bila Diri Disayangi. Gmie Screen menghiburkan peminat dengan lagu Tak Suka Tak Apa dan Bila Cinta Didusta.
Ameng Spring menyanyikan lagu Namamu Di Hati dan Sampai Hati.
Di akhir persembahan dipersembahkan medley lagu lagu rakan rakan mereka yang sudah tiada. Lagu yang dipilih ialah Suci Dalam Debu, Merisik. Khabar, Dialam Fana Cintamu, Cinta Untuk Nabila.
Peminat kelihatan terhibur dan ambil peluang bergambar bila artis turun bernyanyi dari meja ke meja. Artis juga sporting bergambar dengan peminat.
Ada juga kuiz bersama peminat yang dikelolakan oleh pengacaranya Shawal. Kelihatan juga Ezad Lazim, Afee Utopia, S. Atan turut hadir memberi sokongan.

Nizam Laksamana
Bagio