Penyanyi Salma sudah kembali bekerja setelah rehat panjang kerana melahirkan anak.

Bersama suami dan anak.
Bersama suami dan anak.

Anak hasil perkahwinan dengan penyanyi Azri AF dah nak masuk empat bulan. Makin bahagia nampaknya pasangan ini.

Salma salah seorang penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung di Karnival Sehati Sejiwa DUN Pilah 2016 pada 26-28 Februari ini.

Salma kelihatan kurus walaupun baru melahirkan anak. Kata Salma kemungkinan kerana dia menjalani pembedahan semasa melahirkan.

Apatah lagi anaknya semangat badan. Anak sulung hasil perkongsian lalu kini dah berusia sembilan tahun dan tinggal bersamanya.