Pelakon Saharul Ridzwan Hashim masih menutup mulut daripada berbicara pasal cerita dia akan mengahwini pemilik butik Wrap,  Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir September depan.

Dia sebaliknya menjanjikan satu sidang media yang akan diadakan sekitar Ogos bagi memberitahu pasal perancangan pernikahannya. Pada masa ini dia masih mahu menjaga hati banyak pihak.