Penyanyi Sahara Yaacob meluah rasa tak puas hati terhadap pengerusi sebuah persatuan artis yang menolak dirinya menjadi ahli persatuan itu.

Lebih mendukacitakan apabila dirinya dicerca melalui mesej oleh orang seseorang melalui aplikasi WhatApps. Pasal apa jadi macam tu, Kesian Kak Sahara.

Teks yang didakwa menghina dirinya.
Sahara luah rasa kecewa.

Ini luahan Sahara dalam Facebooknya hari ini: “Di sini Kak Sara (Sahara) juga ingin share pengalaman yang Kak Sara lalui sejak kembali semula satu tahun dalam dunia sini ni.

“Mula-mula Kak Sara menawar diri untuk jadi ahli Persatuan XXX (berkaitan artis lama).
Bukan saja Kak Sara tak diterima jadi ahli, tetapi Kak Sara juga dihina oleh pengerusi persatuan tu.
Dengan menghantar text di Whats App group persatuan supaya semua orang membenci akak.
Dato’ Tommie sabagai Timbalan Pengerusi disingkir kerana Pengerusi marah beliau membantu kakak Sarah. Ini bukti nya.”

Dia turut memuatnaik skrin shoot satu mesej yang menghina dirinya dengan kata-kata yang mengaibkan.

Antara lain mesej itu menempelak dirinya dengan mengatakan apa yang berlaku kepadanya (hidup dalam kesusahan) sebagai balasan di atas dosa-dosa lalu.

Dia juga dituduh kaki mabuk dan melayan lelaki di kelab semasa muda hingga tak ingat dunia dan lupa Tuhan.

Mesej yang ditulis oleh seorang wanita (membahasakan diri Akak) itu juga meminta supaya Sahara bertaubat dan minta ampun kepada Tuhan di atas dosa-dosa lalunya.

Mahu tubuh pertubuhan bantu artis.

“Maka dengan pengalaman ini akak berazam untuk menubuhkan satu pertubuhan yang bersih dari sifat keji ini. Memperjuangkan hak artis-artis yang dianiayai oleh orang-orang dalam industri sendiri,” tulis Sahara sebagai responds kepada komen dalam laman sosial itu.

Dia juga menambah komen: “In shaa Allah di pertubuhan yang akan kita tubuhkan dilarang mengumpat, mengeji, menjatuhkan antara satu sama lain, menzalimi, menganiayai, pilih kasih, memfitnah.
Kalau ada yang buat perangai macam tu akan disingkir sahingga mereka bertaubat akan diterima kembali.
Tujuan kita hanya memperbaiki persembahan kita. Hanya berlatih.”