Ketika menghadiri majlis menandatangani kontrak di antara Hafidz Roshdi selaku duta produk kesihatan Maria Miracle di Restoran Garage Kuala Lumpur Sabtu lalu, muncul kelibat insan yang sedang hangat diperkatakan buat masa kini iaitu Safiey Ilias. Beliau merupakan Jutawan kosmetik dan pemilik DSI Empire, yang mengusahakan produk-produk kecantikan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Safiey dengan gaya macho

Safiey, atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias, 22, ternyata seorang yang sungguh ramah dan mudah didekati. Dimajlis tersebut ternyata beliau menjadi tumpuan ramai, ada saja yang ingin bergambar dengannya, tak senang duduk Safiey dibuatnya. Begitu juga dengan para wartawan dan juga jurufoto tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar serta mahu menemubual Safiey untuk dijadikan bahan berita.

Begitu mudah laluan Safiey, Safiey tidak perlu menuju ke meja wartawan atau mencari jurufoto untuk mempromosikan dirinya, pemerhatian saya pada masa itu ternyata Safiey memang sudah punya aura tersendiri, punya pengikutnya tersendiri, mungkin juga ini berkat penghijrahan yang dilakukan olehnya. Safiey sentiasa bersedia dalam apa jua soalan yang diajukan, beliau menjawab setiap soalan dengan begitu tenang, lancar dan berkhemah sekali tanpa mahu mengguris hati mana-mana pihak. Meskipun diajukan soalan yang berbentuk peribadi beliau tetap menjawabnya dengan sulaman tawa kecil dan ada kalanya jawapan beliau bisa menggeletek hati, “kelakar juga dia ni”.

Hanya satu yang paling ditakuti oleh Safiey , “Safiey sangat takut jika Safiey kembali semula ke dunia Mak Nyah”, Namun hanya SOLAT yang dapat mengatasi segala-galanya. Begitu juga apabila ditanya tentang nafsu dan juga naluri kewanitaan yang ada dalam dirinya…….”Buat masa ini Safiey terlalu sibuk dengan bermacam urusan, urusan keagamaan, urusan perniagaan, ini semua membuatkan Safiey lupa dan tak ada masa untuk memikirkan perkara sebegitu. Safiey tetap menegaskan SOLAT adalah segala-galanya, itulah rahsia kekuatan SOLAT.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut Safiey beliau sepatutnya membuat pembedahan membuang alat sulit lelaki pada bulan Ogos 2016 ini, tetapi hidayah dari Allah datang cepat kepadanya. Safiey sangat bersyukur kerana tidak jadi membuang alat sulitnya semata-mata untuk menjadi wanita yang didambakannya selama ini. Safiey juga telah berjaya membuang implan payudaranya dan kini beliau sudah kembali menjadi lelaki biasa. Meskipun Safie kini sudah kembali menjadi lelaki, namun raut wajah yang ayu masih lagi terpancar diwajahnya, pergerakan bentuk tubuh serta bicaranya yang lembut masih belum terhakis sepenuhnya. Ketika soalan itu diajukan kepadanya Safiey menjawab, Ia tidak terburu buru ke arah itu, untuk berubah menjadi lelaki sejati sepenuhnya mungkin akan mengambil masa yang panjang. Namun Safiey akan lakukan sedikit demi sedikit untuk ke arah itu, selebihnya Safiey berserah kepada Allah S.W.T.

Pemuda bertubuh kecil molek ini ternyata seorang yang bijak dalam mengatur perjalanan hidupnya. Diusia 19 tahun telah bergelar jutawan, beliau memperoleh segalanya, harta, kecantikan, kerjaya malah berjaya dibidang keusahawanan. Tak hairanlah jika Safiey mampu dan telah berjaya membiayai pembedahan 4 orang rakan Mak Nyahnya untuk membuang implan payudara diatas kerelaan hati masing masing. Safiey sendiri berulang kali menafikan penghijrahan yang dilakukan ini bukanlah kerana tujuan perniagaannya, tapi bagi Safiey, apa yang dilakukan ini merupakan satu jihad ke jalan Allah. Safiey redha meskipun beliau di kecam dan menerima pelbagai pandangan negatif.

Ketika sesi bergambar dijalankan Safiey agak kekok untuk bergaya, maklumlah sebelum ini hanya gaya perempuan yang pandai digayakan….kali ini kami memintanya agar begaya lebih jantan dan macho, Safiey melakukan dengan tenang sekali sambil disusuli gelak ketawa kami. “Safiey tak kisah pun”.

Kami dari Gondang Online mendoakan agar segala urusan kebaikan Safiey Ilias sentiasa dipermudahkan, Allah itu Maha Berkuasa.