Bahtera rumah tangga kali ketiga yang dibina Faizal AF4 kurang dua tahun lalu, sekali lagi dilanda badai. Dia dan isteri ketiga, Sahidatul Najiha Ibrahim kini sudah ke  Mahkamah Syariah.

Pasangan yang bernikah pada November 2015 itu sudah menjalani kaunseling kali pertama. Difahamkan mereka memfailkan permohonan cerai pada Disember lalu. Pasangan itu memiliki seorang anak berusia sepuluh bulan.

Faizal akui rumah tangga bermasalah lagi.

Dua perkahwinan Faizal, 33, atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ramly yang terdahulu juga gagal.

Perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang anak, Nur Alia Damia, 8. Manakala perkahwinan kedua yang tidak sampai setahun tidak memiliki anak.