Kumpulan Ruffedge kembali bersatu ke? Kumpulan ini sudah lama berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Baru-baru ini mereka kembali bersama ketika muncul pada majlis resepsi perkahwinan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura. Zain, Azan, Mode, Sein dan Catt kembali bersama untuk menjayakan majlis tersebut.

Muncul dalam majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini.

Adakah mereka akan kembali bersama selepas ini? Kalau benar pastilah peminat mereka menantikan kemunculan kembali kumpulan ini.

Amir tak bersama-sama dalam persembahan itu. Menurut Zain, Amir masih bersama Ruffedge, tapi kini Amir tinggal di Oman.

Menjawab soalan peminat di laman sosial apabila memuatnaik gambar tersebut, Zain berkata mereka memang merancang mengadakan persembahan depan peminat dan meminta peminat bersabar menunggu masanya.