Penyanyi Rozita Rohaizad kecewa apabila niat mempromosi budaya Malaysia di luar negara dipandang sepi oleh pihak yang sepatutnya. Permohonan mendapatkan tajaan tidak diendahkan.

Kongsi pentas Peace dengan artis Austalia
Kongsi pentas Peace dengan artis Australia

Pada 12 hingga 14 Februari lalu dia diuandang oleh Australian Capital Territory (ACT) untuk mengadakan persembahan yang menghimpunkan kebudayaan di Canberra.

Walaupun ada persembahan dari Malaysia di pentas yang berlainan, namun Rozita hanya mengadakan persembahan di pentas lain seolah-oleh dia mewakili Australia, walhal penyanyi itu mengenakan busana tradisional Melayu dan menyanyikan lagu-lagu joget.

“Saya terpaksa menggunakan kos sendiri sebab permohonan daripada Tourism Malaysia Sydney untuk mendapatkan tajaan tiket penerbangan dan hotel tidak diterima.

“Seolah-olah saya ni tidak diiktiraf sebagai artis Malaysia sebaliknya orang luar pula yang mengiktiraf. Mereka puas hati dan telah mengundang saya lagi untuk persembahan tahun hadapan,” kata Rozita kepada Gondang Online.

Lebih mendukacitakannya bila tidak dipandang oleh pihak pelancongan yang bersama-sama dalam acara itu, sebaliknya hanya dilayan oleh pihak daripada Kedutaan Malaysia sahaja.

Dalam situasi macam itu pun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, dia tetap mempromosikan Malaysia semasa mengadakan persembahan.

Berjoget bersama penonton.
Berjoget bersama penonton.