Datuk Rosyam Nor masih dipercayai menggalas tugas sebagai peneraju utama filem terbaharu arahan pengarah muda Syafiq Yusuf, KL Special Force yang memasuki pawagam bermula hari ini. Namun padanannya pelakon popular Fattah Amin.

Rosyam, 51, memuji usaha Syafiq yang mahukannya sebagai pelakon utama dengan menggarap watak yang sesuai dengannya, iaitu seorang anggota polis yang berpengalaman dalam menjalankan tugas. Kata Rosyam, usaha sebegitu memanjangkan tempoh seseorang pelakon untuk memeran watak utama.