Dengan sekali lafaz, pereka terkenal dari jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, 35, sah jadi suami kepada ahli perniagaan Nurida Suraya, 30.

Mereka bernikah sekitar pukul 10.30 pagi tadi di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Kelihatan rakan artisnya Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Erra Fazira, pereka, rakan dan keluarga pada majlis itu.

Rizman menyerahkan mas kahwin RM300, sebentuk cincin dan seutas rantai, namun jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh. Banyak perkongsian majlis itu dalam laman sosial kawannya.

Majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan bakal berlangsung pada malam ini manakala resepsi kedua (sebelah pengantin lelaki) akan diadakan di Pulau Pinang, Ahad ini.

Sementara itu, resepsi ketiga pula akan diadakan di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Ahad, 22 September.

Pasangan itu bertunang pada 6 Jun lalu selepas satu tahun mengenali.