Pelakon Rita Rudaini menafikan ceritanya berkaitan kucing yang selalu mengekorinya sebagai berniat memperli Fazura.

Dia sebaliknya menjelaskan bahawa dia hanya mahu bercerita pasal manjanya kucing belaannya yang sentiasa mengekori sehingga ke bilik air.

Antara komen menghentam Rita di laman sosial.

Ekoran kisah tersebut Rita dihentam netizen kononnya dia memperli pasangan Fazura dan Fattah Amin.

Inilah antara aksi manja kucing Rita.

Fazura dalam temubual dengan media baru baru ini memberitahu tahap bahagianya selepas berkahwin dengan mengatakan ‘berpisah pergi toilet pun dah rasa rindu’

Cerita Rita disalahtafsirkan keybord warriors tak bertanggungjawab.

“YA ALLAH…kenapa dengan manusia sekarang? Apa salah saya? Saya upload caption cerita  pasal kucing saya pun di tuduh perli orang.

“ALLAHUAKBAR…macam-macam dituduh saya….saya ceritakan cerita yang sebenarnya pasal kucing saya pun salah ke?

“Saya dituduh memerli seorang artis pengantin baru? Saya pun jadi blur sekejap… bila disiasat rupanya saya di tuduh perli Fazura.

“Saya sangat sedih yang amat dengan manusia sekarang. Tak cukup tuduh saya, mereka tuduh #metro putar belit cerita… sedangkan Metro (Harian Metro) tiru sebijik dan tak ubah seinci pun cerita saya.

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak tau dan tak ambik tau pun pasal kes bilik air tu or watever.. Banyak lagi kerja saya nak buat. Saya nak cari duit bela anak-anak  Nak jaga anak-anak lagi, nak jaga kucing lagi.

“Saya berkongsi cerita dengan  semua yang kucing saya memang manja sampai ikut ke mana saja saya pergi sampai ke daoam bilik air pun dia ikut.

“Macam mana sayangnya saya kat kucing saya tu dan rindunya saya kat dia kalau tak nampak depan mata.. Apa yang anda semua fikir jauh menyimpang ni.

“Apa masalah anda ye? Sampai ada kata saya manusia hati hitam. Sekarang  ni hati saya yang hitam atau hati anda?

“Dah jadi FITNAH tu….ye betullah zaman sekarang  zaman fitnah…..😓 …selalu lah bersangka baik pada orang….uihhh memang sedih gila saya malam ni sebab tak sangka teruk sangat zaman fitnah ni sampai yang  tak ada hal pun dijadikan bahan untuk  fitnah….😌 selamat malam dan maafkan semua sebelum tidur. Terima kasih kepada yang bersangka buruk pada saya. ALHAMDULILLAH,” tulis Rita dalam Facebooknya awal pagi ini.