Bekas anggota kumpulan New Boyz, Ristoe memuatnaik perkongsian pengalamannya semasa makan di food court sebuah pusat membeli belah yang agak seram juga.

Alkisahnya pasal halal haram perkongsiaan sudu garfu yang bercampur dengan penggunaan di restoran yang tidak halal statusnya.

Ristoe berkongsi pengalaman ngeri.

“Assalamualaikum semua… sempena hari Jumaat yang baroqah ini ada benda nak kena share sikit, berkenaan halal & haram. Kalau sesiapa yang selalu pegi Low Yatt Plaza tu, sekarang ni ada Next Food Garden kat LG floor, food court yang ada jual makanan halal & ada juga food stall yang jual pork.

New Boyz

“Tempat tu baru je buka. Nak dijadikan cerita, bahagian depan food court tu ada nasi ayam halal dikendalikan oleh pekerja bangla, so kat situ boleh la makan tanpa was-was, tapi yang peliknya, semua pinggan makanan dilapik dengan kertas minyak yang orang selalu guna buat nasi lemak tu.
“Aku pun order macam biasa dan bila nak sudu garfu, aku pun nak ambil la yang kat area cutlery tapi dihalang oleh pekerja Bangla nasi ayam tadi, dia kata “haram haram, you muslim kan, semua pinggan mangkuk, sudu garfu serta tray kat situ dicampur masa basuh”. Muslim tak boleh pakai sebab bercampur dengan alatan yang diguna untuk hidang pork dari stall non halal area situ.

“So dia bagi aku sudu dan garfu plastik. Alhamdulillah Allah masih memelihara aku dari perkara perkara haram. Tetapi, perkara tu terjadi kat aku seorang saja, aku tengok Melayu lain tetap makan guna sudu garfu besi di bahagian cutlery sebab tak ada orang bagitahu dan  bukan makan dari stall nasi ayam pekerja muslim Bangla tu.

“Memang kembang tekak dah nak makan situ lagi, aku just makan kat situ dan cepat cepat gerak kejar masa dan  beli air kat tempat lain. So pada semua muslimin dan muslimat yang dikenali, sentiasalah berjaga jaga dalam bab makanan yang disediakan, tak semua benda juga kita boleh belasah especially yang bukan melibatkan peniaga Melayu. Salam Jumaat geng,” tulisnya.