Penyanyi Shima meluah rasa terkilan kerana tidak diterima lagi mengadakan persembahan di Menara KL kerana faktor usia.

Dia yang sudah melewati usia 48 memuatnaik status pasal tiada rezeki di situ dalam Facebooknya hari ini.

Shima pernah berstatus artis popular suatu ketika dulu.

“Tiada rezeki untuk saya bekerja di KL Tower kerana pihak management inginkan penyanyi yang lebih muda.

“Bab tu saya tak boleh lawan jadi saya terpaksa akur dengan keputusan mereka. Saya hanya mampu redha dengan dugaan Allah s.w.t dan bersyukur.

“Terima kasih saya ucapkan kepada suami saya dan Ain kerana memberi kata-kata semangat buat saya…Love you both,” tulis Shima.