Bekas pemain dram kumpuan Fotograf, Ringgo kini kembali menjadi pelukis sepenuh masa dan tidak lagi berada dalam radar glamor.

Ringgo pernah menggemparkan peminat apabila ditahan kerana menjadi mangsa kaldai dadah di Caracas,Venezuela pada tahun 2007. Beberapa tahun lalu dia dibebaskan.

Sebagai pelukis, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 51, sering dilihat melawat rakan-rakan pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Foto ini juga dirakam oleh kenalannya, seorang pelukis popular di Pasar Seni, Jamal Tommy yang menggunakan medium cat air di situ.

Walaupun kini Ringgo menjadi pelukis sepenuh masa, tapi dia masih lagi tidak tinggalkan dunia seni.

KLCC pada gambaran Ringgo.
Antara kerja seni Ringgo menggambarkan perasaannya semasa ditahan di Venezuela.

Ringgo masih mencipta lagu untuk artis lain dan lagu-lagunya bakal dirakamkan nanti.

Tunggulah ya hasil seni terbaharu daripada Ringgo.