Filem Petta ditayangkan mulai hari ini di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Di laman sosial, hashtag Petta sudah trending.

Peminat filem Tamil sudah meramalkan filem itu bakal membuat kutipan box office. Faktor utama yang dijadikan sandaran ialah filem itu ada hero bernama Rajnikant.

Taraf superstar dan rekod kutipan filem terdahulu meyakinkan banyak pemerhati undustri.

Pengedar filem itu di Malaysia, Malik Streams Corporation penuh yakin terhadap filem itu.

Sebab itulah mereka menjalankan promosi besar besaran. Mata orang yang keluar dari rumah di Kuala Lumpur ini pasti terpandang promo Petta.

Promosi bergerak di Malaysia

Iklannya ada di billboard, kereta sport, mpv, lori serta kereta mewah dibalut dengan poster filem Petta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif  Malik Streams, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, pihak mereka penuh yakin dengan filem itu.

‚ÄúTarikan utama kami untuk filem ini sudah tentu Rajinikanth. Beliau merupakan legenda yang mempuntyai pengaruh yang besar di seluruh dunia,” katanya.

Sebelum ini filem Kabali yang juga lakonan Rajnikant mengaut RM13 juta di Malaysia. Semestinya Petta disasarkan lebih tinggi iaitu RM30 juta.

Rajnikant sememangnya mempunyai pengaruh besar, bukan sahaja di kalangan masyarakat bercakap bahasa India sebaliknya semua bangsa.

Selain Rajinikanth, filem ini turut dilakonkan oleh pelakon Bollywood seperti Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi, Simran, Bombby Simha dan ramai lagi.

Petta yang bermaksud tempat tinggal atau kawasan ini mula ditayangkan bermula hari ini di 140 pawagam di seluruh Malaysia dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Telugu dan Hindi.

Malik Streams juga mendapat hak mengedarkan Petta ke 22 buah negara antarabangsa kecuali India.